Friday

Maklumat Sekolah.

Lencana sekolah

Pengertian Lencana Sekolah:

Warna Merah    : Lambang ketekunan dan kegigihan berusaha.
Warna Biru       : Lambang perpaduan kaum di Malaysia.
Warna Kuning  : Lambang ketaatan kepada raja dan negara.
Warna Putih      : Lambang ketaatan kepada Tuhan dan kesucian hati.
Gambar Buku   : Sekolah sebagai gedung ilmu.
Moto                 : AKTIF BERGUNA
Maksud Moto   : Setiap warganegara perlu aktif dan berguna untuk agama,bangsa dan negara.


Bendera sekolah



VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA.



MISI SEKOLAH



MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN 
YANG
BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN
POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI
ASPIRASI NEGARA





Lagu Sekolah


Aktif berguna selogan kita,

Bersih cemerlang visinya,

Amanah setia amalan mulia,

Gigih tekun mencipta nama,



Cekal berani berdaya saing,

Tuntutlah ilmu semangat waja,

Bersandar teras rukun negara,

Ke arah cita-cita,

Bersama berjanji sumpah setia,

SK Buntong berjaya....



Lagu : En.Idris b. Mohd Noor

Lirik : Pn.Hasnah bt.Mohd Said

Sejarah Sekolah.

Sejarah.


Ø  Dibina di atas tanah seluas 6 ekar dengan    kos  sebanyak RM 4 juta.
Ø  Pembinaan dimulakan pada tahun 2000.
Ø  Siap sepenuhnya pada 31.1.2001.
Ø  Tn.Hj.Razali b. Zakaria menjalankan tugas sebagai ‘Care Taker’dan mula bertugas pada   1.7.2001.
Ø  Guru besar pertama ialah Pn. Nor Hanen  binti  Ismail.bermula pada 16 ogos 2002 hingga   1.7.2008.
Ø  Mendapat pelajar sulung pada 5.6.2002 seramai 208 orang
Ø  Terdiri daripada 3 blok bangunan 4 tingkat.
Ø  Dilengkapi dengan Bilik Komputer,Makmal  Sains,Bilik Seni, Bilik  Rawatan, Pusat  Sumber,Bilik Guru,Bilik Kemahiran Hidup,,Surau ,Bilik Kaunseling, Bilik  Pemulihan, Bilik Gerakan, Bilik  Muzik,Bilik  SPBT,Stor Sukan,Kedai Buku,Bilik Persalinan,Pejabat dan  24 bilik darjah  termasuk kelas Pra Sekolah.
Ø  Terletak di pinggir bandar.
Ø  7 km dari JPN dan kira-kira 10km dari  Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara.
Ø  Terletak berhampiran dengan pekan Menglembu dan pekan Silibin.
Ø  Terletak berhampiran  kawasan perindustrian Silibin.